Sunday, April 29, 2012

MEKANISME LARI PECUT


Dalam menilai dan mengajar mekanisme lari pecut, jurulatih mesti memberi atlet kata kunci tentang cara bagaima untuk sentiasa fokus dan memberikan konstrentrasi dengan mempelajari corak motor mereka.  Ianya berguna untuk meningkatkan pergerakan secara konsisten dengan kemajuan kaedah pengajaran yang sistematik.  Terdapat enam fasa dalam mengenalpasti punca dan membuat pembetulan terhadap larian atlet.  Enam focus tersebut ialah:

1.  Kedudukan badan (Body Position) – ianya  adalah menjadi focus perubahan yang utama dalam model teknik ini untuk meningkatkan pencapaian.  Jika atlet tidak boleh melakukan kedudukan badan yang betul, hamper tidak mungkin untuk melakukan lima foci yang lain.
2. Mekanisme Pemulihan ( Recovery Mechanics) – Ianya dalah fasa pertama dalam pergerakan lari pecut.  Dahulu dikenali sebagai pergerakan pasif dan tradisional dan dipanggil fasa kayuhan.
3.  Fasa Transisi (Transition Phase) – ianya berlaku pada fasa larian di mana perubahan yang tiba-tiba dalam pergerakkan anggota (tangan dan kaki) berlaku.  Kesalahan kerap dikenalpasti dalam fasa ini, tetapi atlet kerap melakukan kitaran larian 180° pada fasa ini.
4.  Fasa Persediaan Awal (Ground Preparation Phase)  - Fasa ini memerlukan atlet secara aktif menyediakan kaki dan tangan untuk memulakan larian.  Persediaan ini penting untuk menentukan hasil persembahan.  Fasa ini adalah kedua penting dalam kitaran fasa larian.
5.  Fasa Permulaan (Ground Phase) – Fasa ini yang paling penting dalam kitaran larian.  Apabila atlet memulakan larian, fasa penerbangan di mana kedudukan pusat anggota tidak boleh diuah sehingga langkah terjahan larian seterusnya diaplikasikan.  Fasa permulaan yang betul adalah perlu.
6.  Aksi Kaki dan Tangan  (Arm Action)  - Terdapat dua pendapat dalam hal ini dalam kalangan ahli biomekanik dan jurulatih.  Ahli bimekanik berpendapat bahawa keseimbanan ayunan tangan membawa kepada kaki untuk mengekalkan tubuh badan dalam kedudukan betul.  Manakala jurulatih berpendapat bahawa ayunan tangan akan mengawal kaki dan akan menghasilkan kesan yang positif pada persembahan.  Kedua-dua pendapat ini haruslah diambilkira kesahihannya.

Artikel diterjemah dan diambil daripada Seagrave L., Mouchbahani R. & O'Donnell K. 2009. Neuro-Biomechanics of Maximum Velocity Sprinting.  IAAF NSA 1.  Maklumat lanjut boleh dirujuk pada artikel yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment